Anda Takut Pesaing Ramai?

photo 2019 09 12 11 33 36 2
photo 2019 09 12 11 33 36

Gambar yang anda lihat di atas adalah gambar shopping mall yang menjual komputer dan telefon bimbit. Menjual barangan yang sama, jenama sama, spesifikasi pun sama(telefon/komputer) dari tingkat bawah, sampai lah ke tingkat atas sekali 😃

Apa pengajaran kita dapat?

Walaupun satu tempat berniaga produk yang sama, tapi dorang semua tak berfikiran:

Wah ramainya orang jual benda sama, boleh ke aku berniaga begini? Banyak betul pesaing!!! 😔

Ini adalah persoalan yang biasa terdetik dalam diri kita… Kan? Kan? Kan? Jangan tipu la hehe… 😅

Saya taknak cerita panjang, tapi kalau kita ada pemikiran begini… Sila renungkan semula… Dorang jual produk yang sama.. kedai sebelah-sebelah… Dari tingkat bawah sampai ke tingkat atas…

Tapi, dorang dah berniaga berpuluh-puluh tahun dengan konsep begitu, dari saya sekolah lagi dorang dah berniaga di Low Yat/Pertama Kompleks… Hidup jer sampai sekarang 😃

Jadi kalau ada terfikir:

Sale Tudung Sekolah aku slow, nie pasti sebab ramai yang berniaga tudung sekolah yang sama!!!

Sila fikirkan semula 😊

Jangan salahkan sebab ramai orang berniaga menjadi punca sale kita slow, tapi cuba fikirkan bagaimana nak buat agar pintu rezeki kita terbuka seluas-luasnya

Bukan kah Allah yang beri kita rezeki… Stop beri alasan… Teruskan berusaha dan berdoa 😊💪💪💪💪

Rezeki Allah nie konsep dia bukan apabila Allah bagi pada orang lain dan kemudian rezeki kita pula akan kurang… Tidak hehe… Allah nie adalah Pemilik Khazanah Langit dan Bumi, kalau dia bagi kat orang lain, takkan effect pun bahagian rezeki kita.

Macam saya selalu cakap, apa yang dah ditakdirkan(rezeki) pada kita akan tetap sampai… rezeki kita nie dah tertulis sejak 50 ribu tahun sebelum kita lahir lagi(rujuk hadis).

Jadi, kita sebenarnya hanya fokus pada diri kita dan apa perlu kita buat adalah kita perlu develop knowledge dan skill berniaga kita… lagi banyak ilmu dan action, in shaa Allah mudah-mudahan rezeki kita(yang dah tertakdir tue) akan masuk dengan lebih lancar. Jangan risau, apabila kita kaya, takkan membuatkan orang lain miskin…

Rezeki kita adalah rezeki kita dan rezeki dia(pesaing) adalah rezeki dia… nafsi nafsi..

Semoga bermanfaat dan salam kejayaan ^_^

Wallahu a`lam

Leave a Comment