AWARENESS – PROMOTION POST vs KNOWLEDGE SHARING(PRODUCT)

Brand Awareness
Reach – Knowledge Sharing Post

Dalam berniaga, bukan semua post hanya untuk menjual… mesti dah ramai lupa tentang ilmu asas berniaga online… TRUST..TRUST.. TRUST.. (kepercayaan).

Buat la promosi macam mana hebat sekali pun, jika YANG PERTAMA kita tak dapat attract kepercayaan dari prospek, agak sukar untuk closing sale…

Jangan tonjolkan diri sebagai ORANG YANG HANYA NAK SEDUT DUIT MEREKA(CUSTOMER) 🤭… nanti orang takut dan menjauhkan diri dari kita… Pernah dengar perkataan… JURUJUAL DILARANG MASUK! 😅

Tapi tonjolkan diri sebagai orang yang dapat membantu prospek menyelesaikan masalah survival mereka (Maslow’s Hierarchy of Needs)…

Mereka perlukan tudung(tools) yang selesa dan sesuai, untuk membantu mereka mendidik Si Comel mereka bertudung seawal usia…

Inilah survival needs mereka yang kita perlu bantu… fahamkan kenapa prospek perlukan tudung dan kenapa mereka perlu pilih tudung kita. Apa keistimewaan tudung kita, highlightkan…

Ingat… kita bukannya nak menjual harga!, kita menjual tools untuk membantu mereka dan sebagai orang yang nak membantu, kita harus tonjolkan diri kita sebagai orang yang faham keperluan mereka… kita harus fahamkan mereka kenapa produk kita mampu membantu mereka… dan tonjolkan kepada mereka kenapa kita yakin produk kita mampu membantu mereka…

Cuba lihat post-post Product Knowledge Sharing tentang product terbaru TudungSiComel yang kita telah post di atas dan cuba lihat di bahagian Reach(Capaian)… reach agak tinggi(TANPA FB ADS) berbanding post-post promosi biasa. Post-post begini sesuai untuk AWARENESS.

Ok itu sahaja, takmo tulis pepanjang, nanti hampa tak baca pun hehe… sila baca sehingga faham apa saya tulis… jika tak faham sila baca dan baca lagi ya hehe… 😅🤭

Cita-cita saya sebelum saya dijemput bertemu Allah, ilmu-ilmu ini biarlah menjadi manfaat kepada ramai rakan-rakan.. aamiin untuk kita semua. IQRA!

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment