
Kempen “Beli Awai Tak Kalut” dilancarkan bagi menggalakkan pelanggan membuat pembelian tudung sekolah lebih awal serta membantu Rakan Usahawan merancang strategi jualan dari sekarang.
Matlamat utama kempen ini adalah untuk memastikan jenama TudungSiComel kekal diingati, dan pelanggan tidak lagi menunggu saat akhir untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak mereka.
Objektif Kempen
- Mendidik pelanggan tentang pentingnya membeli awal.
- Meningkatkan kesedaran terhadap jenama TudungSiComel.
- Membantu Rakan Usahawan mengaktifkan semula pelanggan lama.
- Mewujudkan momentum pemasaran awal sebelum musim persekolahan bermula.
Tindakan yang Perlu Dilaksanakan
1. Follow Up Pelanggan Lama
Hubungi semula pelanggan yang pernah beli atau pernah bertanya. Maklumkan stok tudung sekolah sudah mula dibuka untuk tempahan awal.
2. Mulakan Iklan Awal (Warm-Up Campaign)
Kongsikan testimoni, gambar anak ke sekolah, atau tips pilih tudung. Fokus pada “awareness” supaya pelanggan mula nampak dan ingat nama TudungSiComel.
3. Kekal Aktif di Media Sosial
Lakukan posting sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan gunakan status WhatsApp untuk tunjuk stok serta testimoni. Pastikan prospek nampak dan ingat jenama kita.
4. Gunakan Ayat Edukasi
Didik pelanggan bahawa beli awal bantu elak stok habis, penghantaran lambat dan saiz tersalah.
💬 Contoh Ayat Promosi
“Tahun ni jom #BeliAwaiTakKalut 💕
Awal beli, awal tenang. Tudung sekolah TudungSiComel dah mula dibuka untuk tempahan sekarang!”
Dapatkan Bahan Promosi
Untuk memudahkan Rakan Usahawan menyemarakkankempen ini, HQ telah menyediakan channel untuk anda dapatkan bahan promosi rasmi seperti:
- Gambar dan video
- copywriting
- Poster
Semua bahan boleh didapati melalui channel Telegram berikut 👇
Penutup
Kempen ini adalah langkah awal untuk membina kesedaran dan keyakinan pelanggan.
Dengan tindakan konsisten dari sekarang, kita dapat bantu pelanggan merancang lebih awal dan pada masa sama, kekalkan TudungSiComel dalam ingatan mereka sehingga tiba musim persekolahan nanti.
