Assalamualaikum semua ❤️
Hari ni saya nak luahkan sikit rasa syukur dan semangat yang makin membuak-buak dalam diri saya lepas baca satu mesej daripada salah seorang rakan kita — Puan xxxx (beliau malu namanya disebut)

Dalam mesej tu, beliau cerita macam mana hidup beliau berubah sikit demi sikit lepas serius jual tudung sekolah kita. Dulu beliau harap sehari boleh jual 5 parcel je… tapi sekarang, order masuk paling kurang 10 parcel sehari! MasyaAllah. Siap boleh bantu bayar bil api air hasil untung bersih dari jualan tudung 😭😭
Lepas baca tu, saya terus senyap kejap… sebab sebak. Rasa macam Allah jawab doa kami semua.
Kenapa Saya Tak Bubarkan Sistem Agen Walaupun Ramai Founder Dah Move On?
Jujur saya kata… ada masa dulu saya pun pernah terfikir, “Nak teruskan ke sistem agen ni?”
Ramai founder lain dah mula jual sendiri, tinggalkan sistem dropship, sebab nak untung lebih.
Tapi saya tak sanggup…
Sebab bila saya tengok balik, saya mula bisnes ini pun sebagai agen dropship dulu, masa masih bertugas dalam TUDM. Dan saya tahu, betapa pentingnya peluang begini untuk suri rumah dan wanita yang nak cari pendapatan sambil jaga anak-anak di rumah.
Saya buat sistem agen TudungSiComel bukan semata-mata untuk jual tudung, tapi untuk bantu lebih ramai wanita capai impian mereka… walaupun bermula dari rumah, dari telefon saja.
Feedback Macam Ni Buat Saya Semangat Gila Nak Improve Lagi 🛠️
Setiap kali ada yang hantar mesej (contoh, lebih kurang la hehe):
“Alhamdulillah, lepas join TSC, saya dah boleh bayar yuran anak sekolah…”
“Saya dah boleh bantu suami bayar bil…”
“Tak sangka, saya yang dulu malu nak berniaga, sekarang dah boleh buat 10 parcel sehari…”
Terus saya rasa berbaloi semua susah payah bina sistem ni dari kosong. Ayat-ayat simple macam ni lah yang jadi bahan bakar semangat saya.
Dan sebab tu juga saya janji dalam hati — saya akan terus improve Program Rakan Usahawan TudungSiComel ni. Kita nak pastikan semua agen ada peluang yang sama untuk berjaya, walaupun tak pernah berniaga sebelum ni.
Terima Kasih Pada Yang Masih Setia Sejak 2016 😢❤️
Saya tahu, bukan senang nak kekal dalam dunia dropship ni. Cabaran banyak. Kadang HQ tak sempurna, sistem tak cun, stok delay, atau iklan tak jadi.
Tapi ramai antara anda tetap bertahan, tetap support kami walaupun lalui semua tu. Ada yang dari zaman website kita warna pink pastel dulu pun masih ada 😂🥰
Kalau saya boleh sebut nama sorang-sorang, saya nak peluk semua!
Kita Dah Banyak Improve – Dan Kita Akan Teruskan 💪
Dulu sistem manual je. Sekarang dah ada:
- Sistem Web Sync auto terus ke Shopee & TikTok
- Mira Bot bantu jawab pelanggan
- Kelas marketing percuma
- Subsidi ads HQ bantu topup iklan agen
- Program reward, gamifikasi dan komuniti sokongan
Dan lepas ni in shaa Allah, lebih banyak lagi penambahbaikan akan datang.
Dari Hati Saya…
Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua agen, tak kira yang baru atau lama.
Setiap parcel yang anda pos, setiap posting yang anda buat, setiap sen yang anda jana… semuanya menyumbang kepada satu misi besar kita: Membantu anak-anak sekolah pakai tudung yang selesa dan kemas… dan membantu ibu-ibu jana pendapatan dari rumah.
Saya doakan anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahkan keberkatan. Kita bina keluarga kecil ini sama-sama… dengan kasih sayang dan doa 🌸
Terima kasih kerana masih bersama kami di TudungSiComel 🥰
Sebagai penutup, saya nak jemput ramai-ramai renungkan ayat ini:
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
(Surah Ibrahim ayat : 7)
❤️
En Syah
Yang Comel (semestinya 😁)