Bundle Deal ialah salah satu kempen promosi yang membolehkan penjual menawarkan diskaun khas kepada pelanggan jika mereka membeli lebih daripada satu produk dalam satu transaksi.
Promosi ini berfungsi sebagai insentif kepada pelanggan untuk meningkatkan jumlah pembelian mereka sambil memaksimumkan nilai belian di kedai anda.
Fungsi Utama Bundle Deal
- Meningkatkan Saiz Pesanan (AOV – Average Order Value):
Dengan tawaran seperti “Beli 2, diskaun 5%” atau “Beli 3, dapatkan potongan RM10”, pelanggan akan terdorong untuk membeli lebih daripada satu barang. - Menarik Pelanggan untuk Belanja Lebih:
Promosi Bundle Deal adalah cara halus untuk pelanggan merasa mereka mendapat lebih banyak nilai hanya dengan menambah sedikit pembelian. - Meningkatkan Peluang Pemulangan Pelanggan:
Membeli lebih banyak dengan harga diskaun membuatkan pelanggan merasa puas, sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk kembali membeli dari kedai anda.
Langkah Mudah Menetapkan Bundle Deal di Shopee
Untuk menetapkan Bundle Deal di Shopee, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah menggunakan Seller Centre. Berikut adalah panduan lengkapnya:
Langkah 1: Log Masuk ke Shopee Seller Centre
- Masuk ke akaun Shopee anda melalui Seller Centre.
- Klik pada bahagian Marketing Centre, kemudian klik tools Discount dan klik pada Bundle Deal seterusnya klik create untuk mulakan kempen anda.

Langkah 2: Tetapkan Maklumat Promosi Bundle Deal
Anda perlu memasukkan maklumat berikut:
- Nama Kempen: Berikan nama yang jelas
- Tempoh Promosi: Tetapkan tarikh mula dan tamat promosi anda.
- Jenis Diskaun: Anda boleh memilih sama ada memberi potongan peratus atau diskaun tetap (flat discount).
- Tetapkan kuantiti harga : Nyatakan harga kombo tersebut

Langkah 3: Pilih Produk yang Ingin Dimasukkan dalam Bundle Deal
- Pilih produk mana yang anda mahu tawarkan dalam kempen ini, jika nak letak lebih dari 1 produk pastikan harga kombo(bundle) adalah sama.

Langkah 4: Semak dan Aktifkan Bundel Deal Anda
- Sebelum mengaktifkan promosi, pastikan semua maklumat lengkap dan tepat.
- Klik Save & Publish untuk mengaktifkan kempen Bundle Deal di kedai anda.
Rakan-rakan juga boleh tonton langkah-langkah ini melalui video yang kita kongsikan untuk lebih mudah faham.