Cabutan Bertuah Ejen – Julai 2026

Bagi menghargai usaha dan komitmen semua ejen sepanjang Kempen Beli 2 Helai Tudung Sekolah, HQ membawakan Program Cabutan Bertuah Ejen TudungSiComel.

Program ini memberi peluang kepada setiap ejen untuk memenangi hadiah menarik berdasarkan jumlah order yang berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh kempen. Semakin banyak order yang diperoleh, semakin tinggi peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Cara Penyertaan

Setiap tempahan yang mengandungi pembelian minimum 2 helai Tudung Sekolah(tidak termasuk produk defect & inner) sepanjang tempoh kempen layak menerima 1 penyertaan Cabutan Bertuah.

Tier 1 – Cabutan Bertuah

Setiap 1 order yang layak bersamaan 1 penyertaan.

Sebagai contoh:

  • 5 order = 5 penyertaan
  • 20 order = 20 penyertaan
  • 49 order = 49 penyertaan

Tiada had maksimum penyertaan. Semakin banyak order yang berjaya dikumpulkan, semakin tinggi peluang nama anda dipilih sebagai pemenang.

Ini bermakna, semakin banyak order yang berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh kempen, semakin tinggi peluang nama anda dipilih sebagai pemenang.

Sebanyak 20 hadiah disediakan untuk Cabutan Bertuah Tier 1.

Tier 2 – Cabutan Grand Prize

Bagi menghargai ejen yang menunjukkan prestasi jualan yang cemerlang, HQ turut menyediakan Cabutan Grand Prize.

Ejen yang berjaya mengumpulkan 50 order atau lebih sepanjang tempoh kempen akan layak menyertai cabutan ini.

Sebanyak 3 hadiah Grand Prize disediakan khas untuk kategori ini.

Ringkasan Program

PerkaraTier 1 – Cabutan BertuahTier 2 – Grand Prize
Syarat PenyertaanSetiap 1 order yang layak bersamaan 1 penyertaan.Mencapai 50 order atau lebih sepanjang tempoh kempen.
Peluang MenangSemakin banyak order dikumpulkan, semakin tinggi peluang untuk dipilih.Layak menyertai cabutan eksklusif Grand Prize.
Jumlah Hadiah20 Hadiah3 Hadiah Grand Prize
Pemilihan PemenangMelalui cabutan bertuah.Melalui cabutan bertuah dalam kalangan ejen yang memenuhi syarat.

Cabutan Bertuah Tier 2 (Grand Prize)

Sebaik sahaja anda mencapai 50 tempahan, anda automatik layak menyertai Tier 2. Setiap 50 tempahan bersamaan 1 tiket penyertaan. Contohnya, 100 tempahan = 2 tiket, 150 tempahan = 3 tiket, 230 tempahan = 4 tiket, dan seterusnya.

Terdapat 2 Cabutan Bertuah yang berlangsung pada masa yang sama. Jika anda memenuhi syarat, anda boleh menyertai kedua-duanya sekali. Penyertaan Tier 2 tidak menjejaskan penyertaan Tier 1, dan kedua-duanya akan dikira secara berasingan.

Hadiah

Kita akan revealkan hadiah kepada anda pada minggu hadapan. Stay tuned!

MIRA AGENT 1

Perkara Penting

  • Setiap 1 order yang layak bersamaan 1 penyertaan.
  • Tiada had maksimum penyertaan bagi Tier 1.
  • Semakin banyak order yang berjaya dikumpulkan, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah.
  • Ejen yang mencapai 50 order atau lebih layak menyertai Tier 1 dan Tier 2 (Grand Prize).

Submit Penyertaan

Setiap tempahan anda (ID) yang layak, anda boleh submit penyertaan dengan klik pada butang di bawah:

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ejen. Teruskan berkongsi dan mempromosikan Kempen Beli 2 Helai Tudung Sekolah, kumpulkan sebanyak mungkin order, dan rebut peluang untuk membawa pulang hadiah menarik daripada HQ.

Faq?

1.Jika saya terima tempahan dari web sync, mana nak dapatkan order id ?
J: Boleh dapatkan order ID tempahan pada akaun web sync rakan-rakan berdasarkan tempahan yang diterima.

image 16

2.Jika saya uruskan stock sendiri, boleh ke nak sertai cabutan bertuah ini?
J: Untuk cabutan bertuah ini, penyertaan perlulah di submit pada web agen,tempahan yang diterima melalui web sync dan tempahan affiliate di TikTok.

3.Jika saya ada submit 100 id tempahan, dikira ada 100 tiket cabutan bertuah ke?
J: Ya. 100 ID tempahan yang layak bersamaan 100 penyertaan dalam Cabutan Bertuah Tier 1. Anda juga layak menyertai Cabutan Grand Prize (Tier 2) kerana telah mencapai syarat minimum 50 order.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment