Cashback Merdeka 1%

image

Setiap pembayaran menggunakan TudungSiComel E-Wallet, Rakan Dropship akan menerima 1% CASHBACK untuk setiap tempahan retail.

Apa itu Cashback?

Cashback ialah pulangan semula sebahagian daripada jumlah pembelian anda.

Contohnya:
RM100 × 1% = RM1 cashback
RM20 x 1% = RM0.20 cashback

Nampak kecil, tapi kalau selalu guna wallet untuk buat bayaran, lama-lama boleh kumpul juga 😍

⚠️ Bayaran tempahan menggunakan CHIP atau CASH tidak layak menerima cashback.

NOTA PENTING — WAJIB BACA

1. Cashback masuk selepas order shipped

Cashback akan dimasukkan secara automatik ke Wallet selepas tempahan berjaya shipped.

Jika berlaku refund, jumlah cashback yang telah diberikan akan ditolak semula daripada wallet.

2. Khas untuk Rakan Dropship

Promosi cashback ini hanya untuk Rakan Dropship TudungSiComel.

Pembelian terus oleh pelanggan melalui website tidak menerima cashback.

3. Sila semak cashback anda

Program cashback menggunakan sistem website. Jika order anda telah shipped tetapi cashback 1% tidak diterima, sila maklumkan kepada admin dengan segera untuk semakan.

⚠️ Jika sudah terlalu lama atau melebihi 1 minggu, pihak HQ mungkin tidak dapat membantu membuat semakan kerana data perlu diperiksa satu persatu.

Cashback ini merupakan program penghargaan daripada HQ dan pihak HQ berhak mengubah atau menghentikan pemberian cashback pada bila-bila masa.

4. Cashback dikira berdasarkan harga produk sahaja

Kos shipping tidak termasuk dalam pengiraan cashback.

Contoh:
Harga produk: RM100
Shipping: RM5
Cashback: 1% × RM100 = RM1.00

5. Cashback tertakluk kepada sistem

Sekiranya berlaku masalah teknikal pada sistem dan cashback tidak dikreditkan tanpa disedari oleh pihak HQ atau Rakan Dropship, jumlah tersebut tidak dianggap sebagai hutang syarikat.

Cashback hanya dianggap diterima apabila ia telah berjaya dikreditkan ke dalam Wallet.

6. Maksimum RM5 bagi setiap tempahan

Cashback dihadkan kepada RM5 maksimum untuk setiap tempahan.

Contoh:
Harga produk: RM200
1% cashback = RM2.00 ✅

Jika harga produk: RM600
1% cashback = RM6.00
Tetapi cashback yang diterima adalah RM5 sahaja.

Jangan lupa gunakan Wallet untuk setiap pembayaran dan nikmati 1% cashback anda!

Belanja lebih, cashback pun dapat! 🥰

NOTA: CASHBACK INI SAH SEHINGGA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment