Content Selling vs Content Branding

Dalam dunia pemasaran digital yang penuh persaingan, konten yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada keindahan visual atau tawaran promosi. Yang lebih penting ialah bagaimana mesej kita disampaikan kepada prospek.

Dua pendekatan yang sering digunakan ialah Content Selling dan Content Branding. Tetapi, yang mana satu lebih efektif?

Disini kita kongsikan perbezaan, kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis konten, serta bagaimana Rakan Usahawan boleh manfaatkan keduanya dengan lebih bijak.

Objektif Perkongsian

  • Memahami beza pendekatan content selling dan content branding.
  • Tahu bila dan bagaimana menggunakan kedua-dua jenis konten.
  • Memberi panduan menghasilkan konten lebih berimpak di platform Meta.
  • Menyedarkan bahawa konten bukan hanya untuk menjual, tetapi juga membina kepercayaan.

Content Selling: Fokus Jualan Langsung

Content Selling adalah jenis konten yang terus menjurus kepada penjualan produk secara langsung. Ia selalunya:

  • Menyatakan harga atau promosi
  • Ada call-to-action (CTA) jelas seperti “Klik untuk beli”
  • Menggunakan urgency (terhad, promosi tamat)

Contoh:

“Tudung Sekolah Awning Scuba tengah promo sekarang, beli 2 helai percuma inner rainbow ! Klik sekarang!”

Kelebihan

  • Sesuai untuk prospek panas
  • Cepat hasilkan jualan

Kekurangan

  • Jika terlalu kerap, pelanggan mungkin rasa bosan atau tertekan
  • Tak sesuai untuk audience yang masih baru kenal brand

Content Branding: Fokus Bina Kepercayaan

Content Branding pula adalah konten yang bertujuan untuk membina hubungan & kepercayaan dengan pelanggan.

  • Gaya santai & informatif
  • Tak memaksa untuk membeli
  • Cerita masalah, beri info, dan nilai

Contoh:

“Ramai tak tahu sakit lutut bermula dengan rasa ngilu kecil. Jaga awal-awal sebelum kena operate.”

Kelebihan

  • Sesuai untuk prospek baru
  • Lebih mudah dapat trust

Kekurangan

  • Ambil masa untuk convert kepada jualan
  • Perlukan konsistensi

UGC vs PGC – Jenis Konten Yang Digemari

UGC (User Generated Content)

  • Konten dari pengguna sebenar
  • Lebih natural dan dipercayai
  • Sesuai untuk TikTok & Instagram

PGC (Professional Generated Content)

  • Konten rasmi, kualiti tinggi
  • Nampak lebih profesional tetapi kadang terlalu formal

Flow Penulisan Iklan: PERGI Flow

Satu teknik yang disarankan untuk hasilkan konten jualan berimpak ialah menggunakan formula PERGI:

P – Perkenalkan Masalah
E – Eksplorasi Ketakutan
R – Ransang Harapan
G – Gariskan Solusi
I – Ikuti dengan Bukti

Contoh:

“Tahukah anda 6/10 orang alami sakit lutut walau usia masih muda? Bayangkan sakit makin teruk sampai kena operate. Tapi jangan risau, ada cara elak – Minyak lutut kami bantu lindungi sendi. Dah lebih 12,000 pengguna puas hati!”

Gabungan Adalah Strategi Terbaik

Gunakan gabungan:

  • Content Branding untuk tarik perhatian & bina kepercayaan
  • Content Selling untuk convert kepada jualan

Contoh gabungan konten:

“Anak saya aktif, selalu balik tudung senget…” (emosi, branding)
“TudungScuba kami kekal bentuk & kemas – RM25 sahaja!” (selling)

Insight Dari Meta Business Insight (MBI)

Menurut analisis Meta:

  • Audiens kita (mak-mak 25–44 tahun) suka konten bertema:
    -School Uniform
    -Parenting Tips
    -Kids Fashion
    -Back to School
  • Gaya konten yang perform:
    ✅ Video pendek 15–30 saat (Stories, Reels)
    ✅ Gaya real, cepat & ringkas
  • Placement paling efektif: IG/FB Stories
  • UGC (User Generated Content) lebih dipercayai berbanding konten terlalu formal (PGC)

Apa yang boleh kita buat?

  • Pilih topik yang dekat dengan audiens
  • Tiru gaya post yang sudah perform
  • Sesuaikan gaya bahasa dengan gaya hidup prospek

Nota Jenis Content Berdasarkan Angle yang Berbeza

Penutup

Dalam strategi Meta, tiada satu jenis konten yang lebih baik secara mutlak. Yang paling penting ialah kenal pasti sasaran audiens dan gunakan kedua-dua pendekatan secara strategik. Content branding membina asas kepercayaan. Content selling pula bantu kita buat jualan dengan pantas.

Gabungkan keduanya – dan anda akan bina bisnes yang bukan saja dapat jualan, tapi juga bina jenama yang disukai ramai.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment