Bagi seller yang aktif di Shopee, pasti pernah dengar tentang fungsi Shop Ads, iaitu salah satu tools paling power untuk bantu tarik trafik ke kedai dan tingkatkan jualan. Tapi, persoalan yang sering timbul:
“Kenapa akaun saya tak jumpa pun fungsi Shop Ads ni?”
“Apa syarat untuk dapat guna Shop Ads?”
Apa Itu Shop Ads?
Shop Ads ialah iklan berbayar dalam Shopee yang membolehkan seller promosikan:
- Produk tertentu (Product Ads)
- Kedai secara keseluruhan (Shop Ads)
- Kedai di lokasi premium dalam Shopee seperti carian teratas & homepage
Dengan Shop Ads, produk dan kedai anda lebih mudah dijumpai oleh pembeli yang sedang mencari.
Kelayakan Untuk Guna Shop Ads
Fungsi Shop Ads tidak tersedia untuk semua seller baru secara automatik. Ada beberapa syarat minimum yang perlu dipenuhi:
- Akaun Aktif & Disahkan
Akaun Shopee mesti aktif & telah lengkap disahkan (termasuk e-mel, nombor telefon, dan akaun bank). - Rekod Jualan
Sekurang-kurangnya 1 atau lebih jualan berjaya perlu berlaku terlebih dahulu di akaun tersebut. - Tiada Rekod Pelanggaran Polisi
Akaun tidak mempunyai rekod pelanggaran teruk seperti penipuan, produk palsu, atau skor prestasi yang lemah. - Kedai Sudah Beroperasi Beberapa Minggu
Biasanya akaun yang baru dibuka kurang 1-2 minggu belum lagi dibuka akses kepada fungsi Shop Ads. - Prestasi Seller yang Baik
Shopee lebih cenderung beri akses kepada seller yang mempunyai Chat Response Rate tinggi, Order Defect Rate rendah, dan penghantaran tepat masa.
Cara Semak Sama Ada Akaun Anda Sudah Layak

1.Log masuk ke Shopee Seller Centre
2.Pergi ke menu Marketing Centre
3.Cari pilihan Shopee Ads atau Iklan Shopee / Shop Ads
Jika anda tidak jumpa fungsi ini, kemungkinan besar akaun anda masih belum layak.
Apa Yang Boleh Anda Buat Jika Belum Layak?
Jangan risau! Anda masih boleh:
- Fokus kumpul jualan pertama – cuba promosi manual atau tumpu pada content marketing dulu
- Tingkatkan prestasi kedai – jaga rating, respon pantas, dan elakkan pembatalan
- Aktifkan kedai – Sistem Shopee beri keutamaan kepada seller yang aktif dan konsitent
Lepas beberapa minggu dengan prestasi baik, biasanya fungsi Shop Ads akan dibuka secara automatik oleh sistem Shopee.
Tips Tambahan dari TudungSiComel
“Shop Ads bukan jaminan jualan tinggi, tapi ia adalah alat bantu yang sangat berkesan jika digunakan dengan strategi yang betul. Jadi bila dah dapat akses, belajar guna dengan cara yang optimum.”
Semoga bermanfaat!