
Sempena cuti sekolah penggal 1 yang telah bermula, kita anjurkan promosi edisi Back To School khas untuk membantu rakan-rakan berniaga dan meroket.
Setiap pembelian dua (2) helai tudung sekolah baru(tidak termasuk tudung defect) oleh pelanggan, mereka layak menerima satu (1) helai Inner Rainbow secara percuma (warna random) dan tidak perlu add to cart semasa membuat tempahan.
Tempoh promosi ini akan bermula pada jam 3 petang 5 Jun 2025 dan akan berakhir pada 13 Jun 2025.
Objektif
- Menyemarakkan jualan produk Tudung Sekolah menjelang musim ‘back to school’.
- Memberi nilai tambah kepada pelanggan setia.
- Membantu Rakan Usahawan meningkatkan kadar closing jualan dengan elemen ‘free gift’.
Kod Kupon
Rakan usahawan tidak perlu masukkan sebarang kod kupon untuk redeem free inner dan juga tidak perlu add to cart inner percuma ini kerana team akan masukkan berdasarkan kuantiti tempahan yang dibuat.
Warna inner akan diberikan secara random, in shaa Allah warna yang sesuai dimatchkan.
FAQ?
1.Boleh ke pelanggan buat 2 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 2 helai inner rainbow ?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 1 inner rainbow sahaja.
2. Jika pelanggan beli 4 helai tudung boleh claim 2 helai inner rainbow ke?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 2 helai ke atas di dalam satu resit hanya layak untuk 1 helai inner rainbow sahaja.
3.Boleh ke saya nak promosikan kempen ini di Shopee/Lazada/TikTok ?
J: Boleh sahaja, rakan2 tak perlu setting apa-apa promosi ini di merchant hanya perlu letak gambar percuma inner rainbow tersebut. Tempahan 2 helai ke atas kita akan terus masukkan inner.
4.Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 1 helai inner rainbow sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa inner rainbow yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda. Kejujuran anda sangat penting.
5.Kalau promosikan secara affiliate, layak ke terima inner rainbow percuma ini?
J: Layak, janji tempahan yang dibuat oleh pelanggan minimum 2 helai tudung sekolah baru dan ke atas.
Semoga kempen ini dapat membantu rakan-rakan membuat sale yang baik. Aamiin
Selamat me🚀🥰