Kempen dan Aktiviti Rakan Usahawan TudungSiComel – Sesi Mei 2025

Blue Purple Minimal Business Conference Poster

Bulan Mei ini, kita ada beberapa kempen dan aktiviti menarik yang telah disusun khas untuk membantu anda menambah nilai jualan, mengeratkan hubungan bersama HQ, dan memberi peluang untuk menyumbang idea dalam perjalanan jenama TudungSiComel!

Berikut adalah ringkasan aktiviti sepanjang sesi Mei 2025

1. Kempen : Beli 2 Helai Tudung Sekolah, FREE Lencana Bendera

Tempoh kempen : 12 Mei – 30 Mei 2025

Bersempena dengan arahan pemakaian Lencana Jalur Gemilang di sekolah, kami lancarkan promosi ini untuk membantu lebih ramai pelanggan mendapatkan tudung & lencana sekali gus! Pelanggan yang membeli minimum 2 helai Tudung Sekolah TudungSiComel akan menerima 2 sticker lencana secara PERCUMA!

Maklumat lanjut kempen klik SINI

2. Penyertaan: Dari Rakan Usahawan Untuk TudungSiComel

Tempoh penyertaan : 15 Mei – 23 Mei 2025

Kami percaya, suara dan idea Rakan Usahawan sangat penting untuk perkembangan TSC. Dalam aktiviti ini, anda berpeluang berkongsi idea, cadangan, atau pendapat berkaitan penambahbaikan dari sudut HQ.

Dapatkan info lanjut dan borang penyertaan di SINI

3. Bundle Deal Shopee

Tempoh promosi : 19 Mei – 9 Jun 2025

Rakan-rakan boleh turut serta dalam kempen Bundle Deal di Shopee. Ini adalah strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan nilai jualan

✅ Pastikan anda alert dengan produk bundle yang disediakan, dan susun strategi jualan anda sebaiknya.

Boleh rujuk panduan ini untuk setting Bundle Deal

Jom kita sama-sama aktifkan diri dalam semua aktiviti ini. Ini bukan sekadar peluang untuk menjual, tapi untuk kita bina komuniti yang lebih kuat, mesra dan berjaya bersama!

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment