Sepanjang bulan Ogos, TudungSiComel membawakan promosi istimewa khas untuk pelanggan yang membuat pembelian 2 helai Tudung Sekolah(tidak termasuk produk defect, pelanggan akan menerima 1 Inner Rainbow dan 1 Sticker Lencana Kanvas secara PERCUMA. Inilah peluang terbaik untuk mendapatkan lebih banyak nilai dalam setiap pembelian.
Objektif
Kempen ini diadakan untuk:
- Memberikan nilai tambahan kepada pelanggan melalui hadiah percuma.
- Menggalakkan pembelian minimum 2 helai Tudung Sekolah.
- Membantu ejen menawarkan promosi yang lebih menarik kepada pelanggan.
Promosi Kempen
Mulai 1 Ogos hingaa 31 Ogos 2026, setiap pembelian 2 helai tudung sekolah, pelanggan akan menerima 1 helai Inner Rainbow & 1 keping sticker Kanvas Jalur Gemilang secara PERCUMA.
Kod Kupon
Rakan usahawan tidak perlu masukkan sebarang kod kupon untuk redeem Inner Rainbow & sticker lencana jalur gemilang ini kerana team pembungkusan akan memasukkan berdasarkan kuantiti tempahan yang dibuat mengikut syarat layak.
FAQ?
1.Jika pelanggan beli 4 helai tudung boleh claim double ke untuk item PERCUMA?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 2 helai tudung ke atas di dalam satu resit hanya layak untuk 1Inner Rainbow & 1 keping sticker sahaja. Jika perlukan sticker lebih, boleh buat pembelian sticker.
2.Boleh ke saya nak promosikan kempen ini di Shopee/Lazada/TikTok ?
J: Boleh sahaja, rakan-rakan tak perlu setting apa-apa promosi ini di merchant hanya perlu letakkan gambar percuma sticker tersebut. Tempahan 2 helai tudung ke atas kita akan terus masukkan item percuma tersebut
3.Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 1 keping sticker sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa sticker yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda. Kejujuran anda sangat penting.
4.Boleh ke pelanggan buat 2 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 2 keping sticker ?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 1 keping sticker sahaja.
5.Kalau promosikan secara affiliate, layak ke terima item percuma ini?
J: Layak, janji tempahan yang dibuat oleh pelanggan 2 tudung helai tudung tudung sekolah.
