
Berikut adalah beberapa perkara penting yang anda wajib baca sekiranya anda menggunakan web sync untuk sync produk ke shop anda.
1. DELETE / REMOVE PRODUK
Jika anda nak delate/remove produk dari Shop Shopee/Lazada/Tiktok, anda perlu unsync melalui web sync. Secara automatik produk tersebut akan hilang dari paparan Shop anda. Jangan remove terus di shop anda ya.

2. SYNC DAHULU, EDIT KEMUDIAN
Disarankan untuk anda sync 100% info default dari web sync terlebih dahulu. Kemudian setelah berjaya sync, baru anda masuk ke dashboard shop anda dan edit.
Anda boleh edit 3 Perkara ini:
a. Tajuk produk,
b. Penerangan produk(product discription)
c. Gambar
Tajuk, penerangan produk dan gambar yang jelas akan membantu pelanggan untuk membuat keputusan membeli melalui shop anda.
Namun harus diingat, 4 perkara ini TIDAK BOLEH di edit:
a. SKU Produk
b. Kuantiti Stok
c. Harga sehelai produk.
d. Variasi Produk; Warna/Saiz
Namun boleh setting harga diskaun untuk tujuan promosi / bundle / shocking sale dan lain-lain di bahagian Marketing Center.

3. SEBELUM TOPUP, LOGIN DAHULU
Sebelum anda topup credits di web sync, pastikan anda log in dahulu di web tudungsicomel.com kerana apabila anda topup ia akan dibawa ke produk topup di web tudungsicomel.com(login user only).
4. GROUP SUPPORT
Jika anda sudah membaca keseluruhan panduan, jemput klik button dibawah untuk join group support web sync dropshiptudungsicomel.com
Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada group tersebut.
Selamat meroket ^_^