PENTING! SETIAP RAKAN USAHAWAN TUDUNGSICOMEL DIWAJIBKAN UNTUK MEMBACA DAN FAHAMKAN MAKLUMAT DI BAWAH
Memandangkan kita sudah ada penasihat shariah dan hasil dari pertemuan pertama, kita terpaksa membuat beberapa rombakan terutama kepada sistem komisyen kita agar memenuhi landasan Patuh Shariah.
STRUKTUR HARGA BARU
1. Harga Dropship – Harga Dropship yang baru akan kembali kepada struktur harga seperti sebelum ini di mana Rakan Dropship akan mendapat untung runcit 100% tanpa komisyen affiliate.
Contohnya harga jual tudung sekolah awning scuba RM19.90, harga istimewa dropship adalah RM12.90(Keuntungan RM7.00 sehelai / Margin 35%).
Tidak lagi perlu untuk klik pada link affiliate peribadi dan lebih mudah.
2. Komisyen Affiliate 10% – Komisyen affiliate akan diterima apabila Dropship di bawah tajaan anda membuat belian.
Sebelum ini dikenali sebagai MAK di mana anda sebagai mak mendapat komisyen 4% dari pembelian ANAK anda. Komisyen telah dinaikan dari 4% kepada 10%… yeayy!
Contohnya Aminah adalah Dropship yang dibawah tajaan anda, kemudian membeli sehelai tudung awning scuba untuk pelanggannya, anda akan mendapat komisyen 10% dari RM12.90(harga dropship).
Anak-anak anda sebelum ini akan kekal di bawah anda, namun kata panggilan ANAK akan ditukar kepada ‘Pelanggan/Dropship di bawah tajaan anda‘.
3. Komisyen Affiliate 35% – Anda akan menerima komisyen affiliate sebanyak 35% dari pelanggan baru yang membeli pertama kali melalui link affiliate anda.
Komisyen affiliate sebelum ini 20% dinaikan kepada 35%, hampir bersamaan dengan keuntungan jualan secara dropship… yeay!!
Jadinya jika anda menjual secara affiliate ataupun dropship, keuntungan yang hampir sama.
Contohnya anda kongsikan link affiliate anda di media social, ada seorang pelanggan klik link anda dan membuat belian di web TudungSiComel, anda akan menerima komisyen sebanyak 35% (menghampiri harga Dropship RM7.00 sehelai)
4. Lifetime Commission – Namun apabila pelanggan yang sama sekali lagi membuat belian, anda tetap akan dapat komisyen. Namun komisyen pembelian seterusnya adalah 10% dari harga belian.
Untuk pembelian seterusnya, beliau tidak lagi perlu klik pada link anda kerana sistem akan detect komisyen melalui email mereka sahaja. Selagi mana mereka menggunakan email yang sama, anda akan mendapat komisyen selagi mana sistem ini masih digunakan.

5. Anda boleh melihat semua pelanggan anda pada menu Lifetime Customers di Dashboard Affiliate anda.
Semua Dropship di bawah tajaan anda sebelum ini akan diletakkan terus di bawah Lifetime Customers anda. Mereka adalah dropship dan mereka juga adalah pelanggan anda.
6. Pemansuhan Program Nenek, Ibu dan Anak – Selepas ini, program Nenek akan dimansuhkan kerana mengikut panduan Patuh Shariah, seseorang tidak boleh mendapat manfaat tanpa melaksanakan sebarang usaha berterusan. Dalam ertikata lain, “Makan atas angin”.
Nenek adalah program di mana apabila anak kita mendapat anak, jadi kita menjadi nenek dan mendapat komisyen dari jualan anak kepada anak kita, iaitu cucu kita. Ini dianggap makan atas angin dan jika ingin diteruskan, proses pematuhannya agak rumit.
Jadi program ini akan ditukar kepada Program Affiliate 1 tiers dimana anda akan mendapat komisyen dari pelanggan atau dropship di bawah tajaan anda sahaja.

E-WALLET
1. Rombakan terpaksa dibuat dimana setiap komisyen yang diterima bermula 16hb Julai 2022 akan dikreditkan terus ke eWallet anda setiap minggu dan anda boleh menggunakan kredit eWallet anda untuk membuat belian produk. Tiada lagi had Payout Minima.
Komisyen yang mencecah Payout Minima RM100 pada 15hb Julai 2022, akan ditransfer ke akaun seperti biasa buat kali terakhir.
Namun bagi komisyen yang tidak cecah RM100 selepas tarikh itu, akan terus dikreditkan ke eWallet.
2. Untuk melihat baki eWallet anda, anda boleh layari MyAccount anda dan kemudian layari menu My Wallet. Butiran baki dan transaksi akan dipaparkan di sana.

3. Anda boleh topup juga akaun eWallet anda untuk membuat belian produk.

4. Anda boleh memilih kaedah bayaran menerusi eWallet semasa membuat tempahan dan baki eWallet anda juga akan tertera.
KELEBIHAN E-WALLET
1. Kelebihan menggunakan eWallet adalah transaksi anda untuk setiap belian tiada cas pemprosesan.
2. Buat masa sekarang kita menggunakan Toyyippay dan masih tiada lagi cas bagi setiap transaksi, namun berkemungkinan besar di masa hadapan pihak Toyyippay akan mengenakan cas sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi.
Jadi kita telah membuat persiapan awal agar rakan-rakan dapat menggunakan eWallet yang kita sediakan untuk mengelakkan transaksi untuk setiap kali belian di web TudungSiComel.
PENAFIAN
1. Program Affiliate adalah program rewards tambahan sampingan yang dianjurkan oleh Pihak HQ.
Memandangkan komisyen yang terkira adalah menggunakan ‘web sistem’ dan berkemungkinan juga akan ada situasi di mana sistem mungkin tidak generate komisyen tanpa disedari, jadi pihak HQ minta dihalalkan bagi komisyen yang tak generate tersebut ya.
Ini kerana kita kuatir ianya menjadi hutang HQ kepada Rakan Affiliate tanpa disedari dan boleh tersangkut di alam akhirat kelak.
Namun penyedia sistem affiliate ini iaitu AffiliateWP menyatakan bahawa sistem mereka “Accurate Affiliate Tracking”, jadi kita berpegang kepada claim mereka.

Dan sekiranya pihak anda menyedari sistem ada masalah dan tidak generate komisyen, boleh terus hubungi HQ untuk kita semak masalah yang berlaku dengan segera.
Pihak Hq menyarankan untuk anda menyemak komisyen anda dari masa ke semasa.
2. Pihak HQ berhak pada bila-bila masa untuk mengubah program ini atau menamatkannya sekiranya ada sebarang masalah yang berlaku. Namun pihak HQ akan sedaya mungkin memaklumkan terlebih dahulu kepada rakan-rakan sekiranya perubahan / penamatan terpaksa dibuat.
PERLAKSANAAN
Perlaksanaan semua maklumat di atas akan dilaksanakan bermula 16 Julai 2022.
Sekiranya ada sebarang bantahan atau pandangan, boleh maklumkan segera untuk kita pertimbangkan.
Perlaksanaan ini adalah dalam bentuk PERCUBAAN SELAMA 6 BULAN. Sekiranya berjalan lancar, kita akan teruskan. Namun sekiranya ada perkara-perkara yang perlu kita perbaiki, kita akan perbaiki dari masa ke semasa.
Terima kasih
Syahruddin
TudungSiComel
semoga TSC terus hebat!!!!
Untuk perkara 1 bawah Ewallet. Bagaimana jika ingin gunakan komisen diterima untuk kegunaan lain?
Sebab saya tiada keperluan untuk guna beli tudung. Biasanya sistem komisen membolehkan affiliate dapat ganjaran tunai.
Sekarang komisen masuk ke ewallet, bermaksud hanya boleh gunakan komisen diterima untuk beli kembali tudung dari syarikat.
Saya kurang setuju cara ini, sebab sepatutnya komisen boleh digunakan untuk beli barang keperluan dan lain-lain.
Sekarang hanya boleh guna untuk beli tudung kembali. Ini bukan sistem komisen affiliate, ini seperti referral pelanggan di mana pelanggan dapat points untuk beli tudung lagi.
Noor Azlin Mohamad