
Shopee merupakan salah satu platform e-dagang yang paling popular dalam kalangan usahawan di Malaysia. Bagi memastikan kedai dalam talian kita kekal kompetitif dan dipercayai oleh pelanggan, penilaian prestasi serta pemantauan KPI (Key Performance Indicator) adalah aspek penting yang tidak boleh diabaikan.
Apakah Itu Penilaian Prestasi Seller?
Shopee menilai prestasi setiap seller berdasarkan beberapa kriteria utama. Penilaian ini bukan hanya untuk kegunaan dalaman Shopee, tetapi turut memberi kesan langsung kepada:
- Kepercayaan pelanggan terhadap kedai
- Kelayakan untuk menyertai kempen dan promosi Shopee
- Kedudukan produk dalam hasil carian
- Tahap keaktifan seller
Kenapa KPI Penting untuk Seller Shopee?
KPI bertindak sebagai penanda aras untuk menilai sejauh mana keberkesanan pengurusan kedai. Ia membantu seller:
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
- Merancang strategi pemasaran dan jualan
- Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik
- Meningkatkan kebolehpercayaan kedai dan produk
Metrik Utama dalam Penilaian Prestasi Shopee
Berikut adalah beberapa metrik penting yang Shopee gunakan dalam menilai prestasi seller:
1.Order Cancellation Rate – Pastikan tak selalu batal order.
2.Late Shipment Rate – Penghantaran perlu dibuat mengikut masa.
3.Chat Response Rate – Cepat jawab soalan pelanggan.
4.Shop Rating – Penilaian daripada pembeli.
5.Non-Fulfillment Rate – Kadar tak hantar barang.
6.Return/Refund Dispute Rate – Kes pelanggan minta pulangkan item.
Tindakan Selepas Menilai Prestasi
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil selepas menyemak laporan prestasi:
1. Analisis Prestasi Produk
Kenal pasti produk yang mendapat sambutan tinggi dan yang kurang mendapat permintaan. Fokuskan usaha pemasaran pada produk yang berpotensi tinggi.
2. Penambahbaikan Senarai Produk & Visual
- Gunakan gambar berkualiti tinggi
- Kemaskini tajuk produk dengan kata kunci yang relevan
- Tulis penerangan produk yang jelas dan jujur
3. Penambahbaikan Servis Pelanggan
- Tingkatkan kecekapan membalas chat
- Gunakan pendekatan yang mesra dan profesional
- Beri maklum balas selepas produk diterima pelanggan
4. Rancang Strategi Jualan yang Lebih Berkesan
- Sertai kempen Shopee untuk menambah keterlihatan produk
- Gunakan baucar dan Add-on Deal
- Galakkan pembelian ulangan melalui pengalaman beli-belah yang baik
Template KPI Seller Shopee
Simpan setiap penilaian untuk rujukan masa depan serta pantau perkembangan dari bulan ke bulan supaya nampak trend dan perubahan hasil usaha anda.
Anda boleh donwload template dibawah dan gunakan untuk rekod prestasi shop anda.
Rakaman Kelas Perkongsian
Kesimpulan
Penilaian prestasi dan pemantauan KPI bukan sekadar angka, tetapi membantu dalam pengurusan kualiti serta pengalaman pelanggan di kedai Shopee anda. Dengan mengambil tindakan berdasarkan data yang diperoleh, Rakan Usahawan boleh terus mengukuhkan jenama masing-masing dan meningkatkan hasil jualan.
Semoga panduan ini memberi manfaat dan menjadi langkah permulaan untuk prestasi Shopee yang lebih cemerlang!
Nota : Rakan-rakan boleh download juga nota panduan penggunaan template yang kita sertakan ini untuk penerangan secara ringkas.