Pre Order Tempahan Flyers 2025

HQ TudungSiComel ada sediakan Flyers khas untuk Rakan Usahawan TudungSiComel bagi membantu memudahkan rakan-rakan berniaga.

image 36

Di mana boleh saya edarkan flyers tudung sekolah?

Antara tempat-tempat yang boleh anda edarkan flyers adalah:

✔️ Paling best adalah di hadapan sekolah semasa ibu bapa sedang hantar dan ambil anak di sekolah. Nampak jer prospek ada anak perempuan, boleh terus hulurkan flyers.

✔️ Masukan ke dalam surat khabar. Di kedai-kedai runcit atau penjual paper tepi jalan, biasanya boleh bayar sedikit kepada mereka untuk mereka bantu masukan ke dalam suratkhabar yang mereka jual.

✔️ Di peti surat kondominium, rumah taman dan apartment.

✔️ Semasa anda ke super market, boleh selitkan juga di ruangan parking kereta.

✔️ Sambil jalan-jalan, terjumpa keluarga ada anak perempuan, hulurkan sahaja. Sentiasa bawa flyers ke mana-mana. Masukan ke dalam handbag hehe… kita ada flyes size kecil A6 juga (double sided).

✔️ Beri kepada rakan-rakan sekerja, kawan-kawan, jiran-jiran di taman dan saudara mara. Lebih mudah ada katalog flyers untuk terangkan produk kita. Tak perlu nak terangkan lebih-lebih, just hulurkan sahaja flyers, semua maklumat produk ada… mudah hehe.

✔️ Bagi pada anak-anak suruh edarkan pada kawan-kawan di sekolah.. belajar berniaga dari kecil hehe.

✔️ Upah orang untuk bantu edarkan. Biasanya ada banyak servis mengedarkan flyers. Boleh google bagi lokasi berdekatan anda. Survey juga di Facebook servis penghantar flyers yang boleh dipercayai dan boleh membantu anda untuk edarkan di lokasi yang anda inginkan seperti di sekolah-sekolah.

servis mengedar risalah flyers 1
servis mengedar risalah flyers 2

Mudah, upah jer orang pun boleh hehe…

APA ISTIMEWANYA FLYERS KITA?

Keistimewaan Flyers kita adalah ianya didatangkan dengan  saiz istimewa iaitu A6 (double folded).

Size A6 lebih kecil dan pastinya lebih jimat. Selain itu ianya mudah dibawa ke mana-mana. Simpan jer dalam handbag, jumpa sahaja prospek boleh terus hulurkan.

tempahan pre-order

Harga anggaran sehelai RM0.05 hingga RM0.09(berdasarkan kuantiti tempahan pre-order beramai-ramai, lagi banyak lagi murah)

Untuk membuat tempahan Pre-Order, boleh klik pada butang di bawah:

Apabila flyers dah siap, admin akan hubungi anda untuk pembayaran dibuat.

Semoga usaha kita ini membuahkan hasil 🥰

Kita berusaha dengan kadar yang termampu, selebihnya kita serahkan dan tawakal kepada Allah swt, tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Leave a Comment