
Berita baik untuk rakan usahawan TudungSiComel semua! 🥰
Bermula hari ini (3 Mac 2025), HQ nak bagi Reward RM0.50 untuk setiap testimoni baru dari pelanggan yang rakan-rakan bakal share di Telegram Channel Testimoni TudungSiComel 🥰
Share Testimoni, dapat RM0.50!
Nota: Testimoni lama yang dah share tak dikira ya
Panduan Kongsikan Gambar Testimoni
- Kongsikan gambar testimoni pelanggan yang JELAS dan KEMAS (gambar raw clean tanpa watermark atau tambahan edit) di group testimoni telegram kita. Jangan lupa minta kebenaran pelanggan dahulu sebelum share yaaa.
- Satu pelanggan, RM 0.50. Jika satu pelanggan rakan-rakan ada 5 keping testimoni, hanya layak terima RM0.50 sahaja ya. Nak RM0.50 bertambah, tambah testimoni dari pelanggan yang berlainan.
- Wajib sertakan CAPTION BESERTA GAMBAR semasa share testimoni. Boleh rujuk PIN POST di group telegram tersebut untuk lebih detail yaa.
- Detail Caption yang perlu disertakan dengan gambar testimoni
- Jenis Tudung
- Warna Tudung
- Saiz Tudung
- Umur Si Comel
Nota: Jika tak dapat semua, boleh letak saiz dan umur saha
Bagaimana Nak Claim Reward?
- Rakan-rakan boleh isi borang claim yang kita sediakan. Admin Mira akan release reward sebulan dua kali iaitu pada 15 Mac dan juga 31 Mac 2025.
Rakan-rakan boleh buat kiraan sendiri total testimoni yang rakan-rakan share di Telegram. - Reward akan dimasukkan ke dalam kredit wallet rakan-rakan.
FAQ?
1.Jika saya sharekan gambar testimoni anak sendiri boleh ke?
Boleh, komisyen RM0.50.
2.Jika sorang pelanggan saya sharekan 5 testimoni, dapat berapa?
Tetap dapat RM0.50 setiap pelanggan.
3.Pelanggan saya share 5 testimoni tudung yang berlainan jenis dan warna untuk seorang anak.
Tetap dapat RM0.50 sahaja. Satu pelanggan dan satu anak RM0.50.
4.Pelanggan saya ada dua orang anak, pelanggan share dua gambar anak-anaknya, dapat berapa?
RM0.50 bagi satu anak tersebut, jadi boleh claim RM1.00 bagi dua orang anak.
5.Pelanggan saya beli kali kedua/ketiga, pelanggan share lagi gambar anak-anaknya (ID Berbeza), dapat berapa ?
Tetap layak hanya RM0.50.
Untuk mudah faham, SATU PELANGGAN / SATU ANAK LAYAK RM0.50 SAHAJA.
Tujuannya adalah untuk memudahkan rakan semua close sales menggunakan testimoni2 yang dikongsikan bersama nanti 🥰🥰
Testimoni sangat penting untuk membuatkan pelanggan LEBIH YAKIN nak membeli dari kita.
Selamat meroket 🥰🚀
Makluman : Disebabkan tarikh akhir 31 Mac 2025 merupakan hari raya aidilfitri dan HQ cuti, kita akan releasekan ke wallet rakan-rakan setelah HQ beroperasi setelah cuti hari raya.