Reward Top 10 Sales Ejen – Ogos

MIRA AGENT 4 1

Sebagai penghargaan kepada ejen yang sentiasa komited mempromosikan dan menjual produk TudungSiComel, kami membawakan Reward Top 10 Sales Ejen TudungSiComel bagi bulan Ogos 2026.

Kempen ini diwujudkan sebagai satu cabaran untuk memberi semangat kepada semua ejen meningkatkan jualan sepanjang bulan Ogos. Lebih banyak tempahan yang berjaya diperoleh, lebih tinggi peluang anda berada dalam senarai Top 10 dan membawa pulang hadiah kredit wallet.

Tempoh Kempen

1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026

Cara Penilaian

Penilaian akan dibuat berdasarkan jumlah tempahan yang direkodkan di dalam sistem web TudungSiComel sepanjang tempoh kempen.

Makluman penting:

  • Penilaian adalah berdasarkan data tempahan di web TudungSiComel termasuk web sync.
  • Tempahan borong adalah tidak termasuk dalam penilaian Reward Top 10 Sales.

Reward Kredit Wallet

KedudukanReward
🥇 Top 1RM200
🥈 Top 2RM150
🥉 Top 3RM100
Top 4RM75
Top 5 – Top 10RM50 setiap seorang

Pengumuman Pemenang

Senarai Top 10 Sales Ejen TudungSiComel akan diumumkan pada:

📅 2 September 2026

Teruskan berkongsi produk, bantu lebih ramai pelanggan mendapatkan tudung sekolah berkualiti dan semoga anda menjadi salah seorang pemenang Reward Top 10 Sales bulan Ogos ini.

Semoga berjaya! 💜

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment