RM70 – Subsidi Shop Ads Shopee TudungSiComel

SUBSIDI ADS DAN LIVE HOSTS

Berita gembira untuk Rakan Usahawan, HQ TudungSiComel berbesar hati untuk menyumbangkan Subsidi Shop Ads di Shopee sebanyak RM70.00 setiap seorang untuk 50 orang Rakan Usahawan TudungSiComel yang terawal.

Ini adalah inisiatif HQ untuk membantu Rakan Usahawan aktif yang ingin menggunakan Shop Ads di Shopee.

Jika anda menyertai program ini, HQ akan berikan subsidi selepas anda capai jumlah perbelanjaan iklan yang ditetapkan.

Program ini berlangsung dari
26 Mei 2025 hingga 8 Jun 2025

Kenapa perlu buat shop ads ?

image 2

1. Lebih Ramai Pelanggan Nampak Produk Anda
Shop Ads membantu produk anda muncul di tempat strategik seperti:

  • Hasil carian Shopee
  • Halaman utama Shopee
  • Produk berkaitan

Tanpa Shop Ads, produk anda mudah tenggelam, terutamanya dalam niche tudung yang banyak persaingan.

2.Tingkatkan Trafik & Jualan
Iklan bantu tarik lebih ramai pelawat ke kedai anda.
Lagi ramai yang nampak, lagi tinggi peluang untuk produk dibeli.

3. Guna Bajet Kecil, Impak Besar
Shop Ads boleh mula dengan bajet serendah RM10 sehari.
Dengan strategi dan copywriting yang betul, kos iklan rendah pun boleh hasilkan jualan yang menguntungkan.

4. Target Keyword & Pelanggan Tepat
Shop Ads boleh diset untuk target keyword tertentu.
Contoh: “tudung sekolah”, “tudung sekolah budak”, “tudung sekolah awning scuba”.
Iklan anda akan keluar kepada pelanggan yang memang sedang mencari produk tersebut.

Cara untuk dapatkan subsidi shop ads

1. Isi borang permohonan di bawah dan terus buat ads.

2. Anda perlu tetapkan Shop Ads minimum sekurangnya RM10 sehari selama 7 hari.

3. Apabila dah cecah RM70, print screen bukti spending (dalam waktu program berlangsung) dan whatsapp admin Mira untuk claim subsidi RM70 dari HQ. Subsidi akan dimasukan ke Wallet anda.

Shop Ads ini tidak tersedia kepada semua seller secara automatik. Shopee hanya membuka akses kepada seller yang memenuhi syarat.

Pergi ke Marketing Centre > Shop Ads untuk semak kelayakan anda.

Permohonan

Untuk memohon, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan. Terhad kepada 50 pemohon terawal sahaja.

FAQ?

1. Adakah saya kena tunggu 8 Jun baru boleh claim ?
Tak, sekiranya ads anda dah cecah RM70 dalam waktu program berlangsung, boleh terus claim. Yang penting ads harus dibuat dalam waktu program berlangsung.

2. Boleh ke saya buat ads RM20 sehari ?
Terpulang, namun syarat untuk claim adalah minumum RM10 sehari.

3. Boleh ke saya buat ads selain dari shop ads?
Untuk subsidi ini hanya untuk shop ads sahaja.

4.Boleh ke saya claim untuk shop ads yang saya buat di Tiktok / Lazada?
Tidak boleh. Program ini kita fokus untuk Shopee sahaja. Untuk Tiktok dan Lazada, tunggu makluman untuk Subsidi Lazada / Tiktok Ads yang kita akan umumkan kelak, in shaa Allah.

5.Jika ads spend saya tak capai RM70 sehingga 8 Jun, boleh ke nak claim ?
Boleh claim, sharekan pada admin Mira berapa jumlah ads spends yang dah capai jadi kita akan kreditkan berdasarkan berapa yang anda dah spend.

PANDUAN SHop ADS

Jika kurang faham bagaimana nak buat shop ads, boleh rujuk panduan melalui rakaman kelas marketing dan shopee.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment