Tempahan Borong Terpaksa di Tutup

image 6

Bermula tahun ini kita ada rancang untuk tidak menutup tempahan borong sepanjang tahun.

Namun, memandangkan ini adalah tahun pertama kita menggunakan ‘Web Sync’ dan juga ‘Host Live’, kita jangkakan tempahan dari Rakan-rakan Usahawan akan berganda-ganda dan perlu diuruskan dalam masa yang cepat (Shopee / Laz / Tiktok).

Jadi kita terpaksa mengambil keputusan sukar tahun ini untuk menutup tempahan borong pada 20 Disember 2023.

Kita akan tengok trend peperangan kali ini dan in shaa Allah kita akan cuba untuk buka semula tempahan borong selepas musim peak nanti.

Kita akan rancang semula untuk membuka tempahan borong sepanjang masa seperti yang kita impikan sebelum ini.

Kepada rakan-rakan yang berborong, dimohon untuk membuat perancangan awal dan membuat tempahan borong sebelum 20 Dis 2023.

Saya mohon maaf kerana kuatir tempahan borong pada musim peak nanti akan mengambil masa yang sangat lama untuk diuruskan dan akan mengganggu anda berniaga.

In shaa Allah tahun depan kita susun semula ya, kita tengok dahulu trend kali ini bagaimana in shaa Allah.

Namun, in shaa Allah moga2 impian untuk membuka tempahan borong sepanjang masa akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Aamiinnn

Terima kasih 😊

Leave a Comment