Tahukah anda, untuk berniaga di Tiktok kita tak perlu pun buat video banyak-banyak di Profil Tiktok kita.
Ramai orang ingat, nak berniaga di Tiktok perlu buat video. Salah tu.
Ada dua cara berniaga di Tiktok
1. Kaedah pertama adalah kita berniaga melalui Profile Tiktok iaitu apabila prospek layari video-video kita dan klik pada beg kuning.
2. Kaedah kedua ini yang kita terlepas pandang. Ramai sahaja prospek yang masuk terus ke Tiktok Marketplace (macam Shopee dan Lazada) untuk membeli barang.
Jika anda malu dan takda idea nak buat video, jangan risau. Anda tak perlu pun buat video untuk menjual di Tiktok Marketplace.
Anda daftar sahaja akaun Tiktok Seller Center dan boleh listing sahaja produk di sana dan menjual secara terus.
Kita pun boleh jer terus buat ads untuk promosikan produk listing kita di Tiktok Marketplace.
Alaaa macam Shopee ads juga la. Kiranya kita nak produk kita berada di page-page hadapan Tiktok Marketplace.
Panduan Mudah Setting Tiktok Product Shopping Ads
Namanya adalah Tiktok Product Shopping Ads dan berikut adalah panduan mudah untuk anda setting.
1. Tiktok Seller Center > Shop Tab > Product Shopping Ads
2. Kemudian anda setting ikut kesesuaian anda. Boleh buat dua jenis ads iaitu Maximize Gross Revenue dan Control Minimum ROAS Treshhold.
Saya sarankan anda buat dua jenis ads serentak, cuba kedua-duanya dan lihat setting mana yang lebih berkesan untuk shop anda.
3. Jika anda pilih Control minimum ROAS (Return on Ads Spend), saya cadangkan set 4 dan ke atas.
ROAS nie maksudnya untuk RM1 yang anda belanjakan dan berapa RM pulangannya.
Contohnya sehelai tudung RM19.90, anda untung RM7.00 . Jadi minimum ROAS yang selamat adalah RM19.90 / RM7 = 2.8
Maksudnya, jika anda spend ads RM7, anda akan dapat sale RM7 x 2.8 = RM19.90 (minimum). Kalau kurang dari itu, anda rugi.
Ini bermakna, jika anda letak ROAS 3 pun anda dah balik modal. Jadi letak 4 dan ke atas adalah selamat. Namun jangan letak terlalu tinggi takut ads anda tak berjalan.
Saya sarankan anda bermula dengan budget RM10 dahulu sehari dan biarkan selama 7 hari (learning phase).
Daftar Tiktok Seller Center
Mudah sahaja, anda boleh create dan jual terus di sana. Macam kita menjual di Shopee jer.
Sync kan produk sekarang!
Sekarang anda tak perlu lagi upload product dan listing secara manual. Kita kan dah ada web sync. Klik klik klik jer, siap.
Stok pun tak perlu nak update dan pantau secara manual lagi.
Boleh sync produk terus ke Tiktok Marketplace melalui web TudungSiComel sekarang. Untuk bermula boleh KLIK SINI.
Selamat berjaya.