Tujuan Kita Melatih Livehost

Setelah kita di HQ merecruit live host, kita akan latih mereka supaya mereka bersedia untuk host kan live untuk akaun Shopee / Lazada / Tiktok shop anda.

1. Untuk mengenali produk dan mahir untuk menjawap pertanyaan pelanggan, Live Host perlu menjalani beberapa sesi latihan. Ini penting:

a. Supaya mereka dapat menjawap pertanyaan pelanggan dengan baik dan tepat. Kita ada banyak jenis produk dan pastinya kepada orang baru seperti mereka akan ambil sedikit masa untuk kenali produk dengan lebih rapat.

b. Supaya mereka tahu kelebihan produk dan dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli semasa sesi live.

c. Setting studio juga penting. Sekiranya pencahayaan tidak baik, suara tidak jelas dan setup studio tidak baik, sukar untuk kekalkan prospek untuk mereka merasa yakin membeli dari live anda.

2. Kos upah Live Host antara RM25 – RM50 setiap jam. Jadi sekiranya mereka terus host dan tidak ada sebarang sale, anda akan menanggung kerugian.

Akaun shop perlu dipanaskan dan ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk mula membuahkan hasil.

Jadi jika mereka tidak bersedia, anda akan kerugian kerana anda tetap perlu membayar upah live host walaupun tiada sale.

HQ tidak ingin anda merasa ‘down’ sekiranya live mereka tidak mendatangkan hasil.

HQ tanggung risiko untuk melatih mereka sebab semasa sesi latihan, sale mungkin tidak ada atau kurang. Ini kos yang HQ perlu tanggung namun kita anggap ini sebagai ‘tangungjawab’ untuk menyediakan kepada rakan-rakan live host yang berkualiti.

Ini antara kenapa HQ betul-betul nak melatih live host sebelum serahkan kepada rakan-rakan.

Sekurang-kurangnya, risiko anda untuk kerugian adalah tipis berbanding host yang tidak bersedia.

Leave a Comment