Mohon Selaraskan Listing Harga

Berikut adalah berkaitan penetapan harga dan diskaun pada akaun Shopee / Lazada / Tiktok shop.

Seperti paparan gambar yang ditunjukkan ini adalah standard harga jualan produk TudungSiComel.

image 2

Pelarasan Yang Perlu Dibuat

1. Tidak boleh beri sebarang diskaun pada Shop Voucher, Produk Voucher dan Diskaun Promotion di Shopee / Lazada / Tiktok shop. Harga selaras pada semua listing produk sebilang masa.

image 4
1.1 Shop & Produk Voucher
image 5
1.2 Discount Promotion

2. Diskaun hanya boleh diberikan pada tarikh dan jenis campaign yang telah dipilih oleh HQ sahaja.

  1. Makluman campaign semasa
    https://usahawan.tudungsicomel.com/product-campaign-yang-sedang-berlangsung/
  2. Diskaun semasa
    https://usahawan.tudungsicomel.com/add-on-deal-shopee/
    https://usahawan.tudungsicomel.com/bundle-deal-shopee/

3. Kepada rakan-rakan yang dah set Produk Diskaun seperti yang bukan pihak HQ maklumkan, mohon tamatkan vaucher / promotion bermula hari ini ya.

⚠️ Berkuatkuasa serta merta. Namun diberi kelonggaran sehingga 10 Januari 2025 jika ada yang dah TER join campaign(tak boleh cancel).

4. Namun tiada halangan kepada vaucher/diskaun yang diberikan khas(tanggungan kos subsidi diskaun) oleh pihak Shopee / Lazada / Tiktok kepada shop anda.

5. Tiada juga halangan kepada yang nak set Follow Prize, Bundle Deal, Repeat Buyer dll selagimana tidak mengubah paparan harga tudung di listing.

Secara mudahnya, kita nak harga yang terpapar di listing shopee / Lazada / Tiktok selaras untuk semua shop tanpa sebarang diskaun. Tujuannya adalah supaya tidak berlaku perang harga antara rakan-rakan usahawan.

Penetapan Nama Kedai

Berikut adalah panduan dan cadangan untuk menetapkan nama shop Shopee / Lazada / Tiktok dan juga Social Media anda.

Rakan2 boleh rujuk pada penerangan dipanduan ini

Link: https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/panduan-penetapan-nama-kedai/

Harga yang selaras penting supaya semua rakan-rakan usahawan dapat berniaga dengan harmoni tanpa berlakunya perang harga sesama kita.

Ya Allah, mudah lancarkan lah urusan rezeki semua rakan² usahawan TudungSiComel tahun ini. Kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah kepada kami semua. Aamiinnnn 🥰

Leave a Comment