Strategi Jualan untuk Agen Tudungsicomel di Marketplace

Pelbagai fungsi menarik yang telah marketplace sediakan untuk rakan-rakan explore. Kita telah listkan fungsi yang ada untuk anda gunakan bagi meningkatkan jualan dan menarik lebih ramai pelanggan melalui platform marketplace.

Antaranya ialah:

1. Bundle Deal Shopee

Bundle deal adalah strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan nilai jualan. Dengan menggabungkan beberapa produk Tudungsicomel dalam satu tawaran, pelanggan dapat menikmati penjimatan yang lebih besar!

Sebagai contoh, anda boleh membuat bundle harga promosi kombo seperti 3 helai dan 5 helai . Ini bukan sahaja memudahkan pelanggan membuat keputusan membeli, tetapi juga menggalakkan mereka untuk membeli lebih dari satu produk.

Fungsi:

  • Menarik lebih banyak pelanggan yang mencari nilai tambah.
  • Meningkatkan purata nilai pesanan (AOV) setiap pelanggan.
  • Mengurangkan inventori produk dengan membuat tawaran menarik.

Boleh rujuk panduan ini untuk setting Bundle Deal

2. Add-On Deal Shopee

Aktiviti ini membolehkan anda menawarkan produk tambahan pada harga diskaun semasa pelanggan membuat pembelian.

Contohnya, jika pelanggan membeli tudung, mereka boleh menambah aksesori seperti inner pada harga istimewa. Ini membantu meningkatkan jualan sambil memberikan lebih pilihan kepada pelanggan.

Fungsi:

  • Meningkatkan kadar penukaran kerana pelanggan dapat melihat lebih banyak pilihan produk.
  • Memperkenalkan produk baru kepada pelanggan semasa mereka membuat pembelian.
  • Menambah nilai pengalaman membeli-belah pelanggan.

Boleh rujuk panduan ini untuk setting Add On Deal

3. Bump Listing Shopee

Fungsi Bump membolehkan anda menaikkan kedudukan listing produk anda ke page hadapan semula untuk meningkatkan jumlah tontonan dan meningkatkan potensi jualan.

Apabila ramai penjual yang listingkan produk yang sama di Shopee, listing produk anda mungkin akan jatuh tenggelam jauh ke bawah dan kebarangkalian produk anda dapat dilihat oleh pelanggan akan berkurangan.

Fungsi:

  • Meningkatkan keterlihatan produk dalam carian Shopee.
  • Memberi kelebihan kepada produk anda untuk muncul di halaman utama.
  • Menarik pelanggan yang kurang aktif mencari.

Boleh rujuk panduan ini untuk aplikasikan fungsi Bump ini di shopee.

4. Kombo Deal TikTok

Dengan populariti TikTok yang semakin meningkat, combo deal di platform ini adalah salah satu strategi pemasaran untuk menjangkau audiens yang lebih luas.

Strategi ini sesuai untuk menggalakkan pelanggan buat belian lebih dari sehelai.

Fungsi:

  • Menarik lebih banyak pelanggan yang mencari nilai tambah.
  • Meningkatkan purata nilai pesanan (AOV) setiap pelanggan.
  • Mengurangkan inventori produk dengan membuat tawaran menarik.

Boleh rujuk panduan ini untuk setting kombo deal TikTok.

Kesimpulan

Moga apa yang rakan-rakan implementasikan strategi ini dapat memberikan impak positif pada perniagaan anda.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment