Harga kombo dan promosi free shipping setakat ini valid sepanjang tahun.
Tujuan kita wujudkan harga kombo dan free shipping adalah untuk membantu memudahkan rakan-rakan closing sale.
Kadang-kadang pelanggan akan tanya, “Takda promosi ke? Alaa beli banyak ni, takkan takda special…”
Jadi, secara default anda digalakkan pilih salah satu sahaja daripada promosi ini, sama ada harga kombo ATAU Free Shipping. Ini kerana diskaun tersebut akan ditanggung oleh anda sendiri dan kita tidak mahu keuntungan anda menjadi terlalu sedikit.
Boleh ke jika saya nak bagi kedua-duanya? #
Boleh, HQ tidak menghalang sekiranya anda sendiri bersedia menanggung diskaun tersebut. Namun pastikan anda semak dahulu margin keuntungan supaya anda tidak rugi atau untung terlalu sedikit.
Ada apa-apa kupon ke dari HQ? #
Untuk promosi kombo tiada sebarang kupon. Ia atas tanggungan dan budi bicara anda sendiri.
Mana nak dapatkan gambar promosi kombo? #

Anda boleh dapatkan gambar terkini di Group Telegram Copywriting kita.
Semoga membantu 🥰