View Categories

Recruit Dropship di Bawah Tajaan Anda

1 min read

Panduan ini akan menerangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dari program dropship-affiliate.

Apabila ada prospek yang join sebagai dropship TudungSiComel dan mereka mendaftar melalui link affiliate anda, secara tak langsung mereka akan menjadi dropship di bawah tajaan anda.

Setiap kali dropship di bawah tajaan anda membuat belian untuk pelanggan mereka, anda akan terima komisyen.

Kadar komisyen semasa adalah 10% dan ianya boleh diubah oleh HQ pada bila-bila masa mengikut kesesuaian atau keperluan semasa.

Contohnya jika agen anda membuat jualan dengan harga DS sebanyak RM100.00 , anda akan terima komisyen RM10.00

Sebelum bermula, anda perlu dapatkan link affiliate khas recruitment peribadi anda terlebih dahulu supaya apabila ada yang nak join dropship, anda boleh kongsikan link khas tersebut.

Affiliate Link Recruitment Special Peribadi Anda #

1. Log in ke web agen.tudungsicomel.com untuk dapatkan special link affiliate anda pada bahagian affiliate area.

image 94

2. Kemudian anda klik pada bahagian Affiliate URLs untuk dapatkan link special recruitment.

Anda hanya perlu copy link seperti paparan gambar dibawah atau boleh juga sharekan secara QR code untuk mereka scan dan register under tajaan anda.

image 95

Kongsikan Link Anda Kepada Prospek #

Setelah anda copy link recruitment special affiliate link peribadi anda, kemudian anda boleh kongsikan link tersebut kepada prospek untuk mereka klik dan mendaftar sebagai dropship TudungSiComel.

Secara automatik mereka akan menjadi dropship di bawah tajaan anda.

Mudah sahaja sahaja kan? Selamat mencuba ^_^

Nota: Panduan di video dan gambar mungkin sedikit berbeza kerana kita sentiasa update interface sistem kita. Namun konsepnya masih sama.