View Categories

Panduan Membuat Tempahan

Berikut adalah panduan ringkas bagaimana anda boleh buat tempahan bagi pihak pelanggan menerusi website TudungSiComel.

Langkah 1 : Log In Ke Akaun Anda #

a. Log in dahulu ke account agen.niagadirumah.com anda untuk mendapatkan harga istimewa dropship.

b. Klik pada menu SHOP untuk pilihan produk.

image 114

Langkah 2 : Pilih Produk Dan Checkout #

a. Setelah pilih produk yang ingin ditempah (add to cart), klik view cart untuk semak semula item tempahan pelanggan sebelum proceed to checkout.

image 115

Langkah 3 : Isi Butiran Pelanggan #

a. Setelah anda klik pada proceed to checkout, isi kan butiran pelanggan untuk proses pengeposan dan rate postage akan dipaparkan berdasarkan maklumat negeri, poskod dan berat item

b. Bagi maklumat Nombor Telefon sila masukkan No Telefon pelanggan kerana pada paparan airway bill akan tertera number tersebut untuk mudahkan pihak kurier hubungi sebelum parcel dihantar.

c. Jika pelanggan perlukan invoice / receipt, anda boleh hasilkan invoice secara manual atau boleh juga gunakan software percuma seperti InvoiceHome.

d. Seterusnya, klik pada pilihan kurier yang dikehendaki dan untuk pembayaran, serta klik pada akak bayaran kemudian klik place order.

image 116

Langkah 4 : Pembayaran #

a. Selepas anda klik place order, dan paparan yang akan tertera ialah pilihan pembayaran yang perlu di buat secara online banking atau menerusi wallet yang anda dah topup.

b. Jika anda buat bayaran gunakan online banking, klik sahaja pada paparan bank anda dan klik proceed.

image 117

Langkah 5 : Tempahan Berjaya dan Paparan ID Tempahan #

a. Setelah pembayaran berjaya dibuat, akan tertera maklumat seperti paparan di bawah berserta no id tempahan pelanggan. Anda juga akan menerima email maklumat tempahan sebagai rujukan anda.

image 101

Langkah 6 : Proses Pembungkusan Dan Penghantaran #

1. Proses pembungkusan biasanya mengambil masa:

a) 1-2 hari bekerja pada bukan musim puncak tempahan tudung sekolah.

b) 3-5 hari bekerja pada musim puncak tempahan tudung sekolah
.

2. Proses penghantaran bergantung kepada pihak syarikat penghantaran dan kebiasaannya mengambil masa 3 ke 5 hari bekerja.

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂

Updated : 7 Julai 2025