- 1. Berapakah Harga Borong Semasa Untuk Produk TudungSiComel?
- 2. Berapa Minimum Kuantiti Untuk Order Borong?
- 3. Bagaimana Jika Tudung Yang Saya Beli Diterima Dalam Keadaan Rosak / Defect?
- 4. Kenapa Ada Yang Defect?
- 5. Bagaimana Nak Minta Refund?
- 6. Ada Jaminan Ke Untuk Tudung Belian Borong?
- 7. Saya Dropship. Jika Pelanggan Nak Memborong, Berapa Harga Patut Saya Jual?
- 8. Untuk Urusan Borong Nak Hubungi Siapa?
1. Berapakah Harga Borong Semasa Untuk Produk TudungSiComel? #
Untuk harga borong semasa, boleh rujuk DI SINI.
2. Berapa Minimum Kuantiti Untuk Order Borong? #
- Minimum Order Quantity (MOQ) adalah 40 helai dalam satu resit dan boleh campur jenis (Tudung dan Inner sahaja). Aksesori tidak termasuk dalam kiraan MOQ 40 helai.
- Tempahan hendaklah dalam gandaan 10 helai bagi setiap saiz/warna.
3. Bagaimana Jika Tudung Yang Saya Beli Diterima Dalam Keadaan Rosak / Defect? #
Jika tudung yang dibeli ada defect, ada dua pilihan kaedah:
Kaedah 1: Kita sarankan rakan pemborong menjualnya sebagai produk defect dan maklumkan pada HQ berapa helai defect untuk HQ contra berdasarkan harga borong defect.
Contohnya jika sehelai tudung dibeli pada harga RM8.90 tetapi didapati defect, sila maklumkan pada HQ. Jika harga borong defect contohnya RM6.90, HQ akan refund atau contra perbezaan RM2 kepada anda.
Jika ada 10 helai defect, contohnya RM2 × 10 helai = RM20.00.
Kemudian anda boleh menjual tudung tersebut sebagai produk defect kepada pelanggan.
Kaedah 2: Kumpulkan semua produk defect dan pulangkan kepada HQ.
Kaedah ini kurang digalakkan kerana kurang cost effective. Kos postage pemulangan dan penghantaran gantian adalah tanggungan pemborong. Proses penukaran juga mengikut giliran tempahan dan stok yang tersedia.
4. Kenapa Ada Yang Defect? #
Cabaran menjahit tudung sekolah ialah gulungan kain mungkin nampak elok di bahagian luar, tetapi apabila dipotong mungkin ada bahagian sedikit kotor di bahagian dalam yang terlepas semasa QC.
Ada juga kemungkinan jahitan kurang kemas yang terlepas pandang semasa pemeriksaan.
5. Bagaimana Nak Minta Refund? #
Boleh hubungi Bahagian Akaun, Puan Marina di 012-2469703.
6. Ada Jaminan Ke Untuk Tudung Belian Borong? #
Ya, ada Jaminan 180 Hari.
Jika stok tidak terjual, boleh pulangkan dan HQ akan bantu jualkan serta refund semula wang setelah semuanya terjual. Kos postage penghantaran awal dan pemulangan tidak termasuk.
7. Saya Dropship. Jika Pelanggan Nak Memborong, Berapa Harga Patut Saya Jual? #
Kita sarankan anda daftar mereka menjadi agen di bawah anda supaya setiap belian mereka memberi komisen kepada anda.
Jika mahu jual terus secara borong, anda boleh markup sekitar RM0.50–RM1 sehelai mengikut pertimbangan sendiri. Margin borong biasanya lebih kecil tetapi keuntungan datang melalui volume.
8. Untuk Urusan Borong Nak Hubungi Siapa? #
Boleh hubungi admin borong untuk bantuan lanjut.
Semoga perniagaan Rakan Pemborong dan Mini Stokis dipermudahkan. Aamiin.