
PERHATIAN
Promosi Freeship hanyalah untuk tempahan menerusi rakan dropship sahaja. Pelanggan yang nak beli terus di web, tiada promosi freeship.
Ramai rakan Dropship (DS) yang mengadu bahawa ramai pelanggan minta Free Delivery. Jadi bermula 4 Jan 2023, kita anjurkan promosi Free Shipping bagi Semenanjung dan Subsidi RM7 untuk Sabah / Sarawak bagi tempahan 4 helai – 10 helai tudung, semua jenis kecuali produk defect.
Tanggungan Bersama 50/50 #
Memandangkan kita ada Mini Stokis juga, kos free shipping RM7 dicadangkan ditanggung bersama. Contohnya RM3.50 HQ/Mini Stokis dan RM3.50 DS.
Untuk tempahan melalui web HQ, jika pelanggan nak free shipping, semasa dropship buatkan tempahan boleh gunakan kod kupon FREESHIP350 dan sistem akan beri diskaun RM3.50. Gunakan kupon ini hanya jika pelanggan memang diberikan free shipping.

Untuk tempahan melalui Mini Stokis, rakan-rakan boleh bayar RM3.50 kepada Mini Stokis bagi kos postage.
Untuk Sabah / Sarawak, subsidi adalah RM7 sahaja. Jika kos postage RM10, pelanggan hanya perlu bayar baki RM3 atau atas budi bicara DS.
Bagaimana jika pelanggan tempah banyak? #
Jika pelanggan buat tempahan banyak, contohnya 15 helai dan kos postage melebihi RM7, baki lebihannya pelanggan akan tanggung.
Jika 15 helai tetapi kos postage masih RM6–RM7, pelanggan masih layak free postage.
Jika pelanggan tempah 4 helai tudung dan 5 baju, beliau layak free shipping sekiranya kos tidak melebihi RM7. Jika lebih, pelanggan akan tanggung baki atau atas budi bicara DS.
Tarikh Promosi Berakhir #
Buat masa sekarang belum ada tarikh tutup. Sekiranya promosi ini ditutup secara rasmi kelak, rakan-rakan masih boleh memilih untuk memberikan promosi secara tertutup atas budi bicara sendiri.
Secara asasnya, anda boleh pilih sama ada harga kombo atau free shipping untuk membantu closing sale.
Kurier #
Untuk program ini kita cadangkan J&T kerana kos biasanya lebih rendah. Jika Sabah / Sarawak tiada pilihan J&T, penggunaan Flash juga boleh.
Adakah semua wajib join? #
Tidak wajib. Promosi ini optional untuk membantu dropship closing sale.
Semoga membantu rakan-rakan closing lebih banyak sale, aamiin.