Jika pelanggan di Shopee anda ingin membuat pertukaran tudung sama ada untuk menukar saiz, warna atau jenis bagi tudung yang telah diterima, HQ cadangkan untuk anda ikut sahaja prosedur Shopee.
Minta pelanggan klik butang Return & Refund dan buat tempahan semula berdasarkan tudung yang dikehendaki. Ini memudahkan kedua-dua pihak dan biasanya tidak melibatkan caj tambahan.
6 Langkah Mudah Return & Refund #
- Pelanggan hubungi anda untuk penukaran tudung.
- Penjual cadangkan pelanggan klik Return & Refund pada tempahan dan pilih sebab “change of mind”.
- Selepas pelanggan submit, penjual akan terima notifikasi. Tekan More → Wait for Return → Next → Confirm.
- Pelanggan akan terima AWB untuk return semula item tersebut kepada penjual. AWB tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak kurier.
- Pelanggan pack item dan drop off berdasarkan kurier yang diberikan dalam tempoh 5 hari dari tarikh request.
- Penjual terima item yang dipulangkan dan seterusnya pihak Shopee akan refund kepada pelanggan. Selepas barang diterima, barulah tekan butang refund.
FAQ #
1. Boleh ke kita minta pelanggan berurusan di luar Shopee?
Boleh, namun kos penghantaran semula tudung kepada penjual dan kos penghantaran tudung gantian perlu ditanggung. Sebab itu menggunakan prosedur Shopee biasanya lebih mudah dan menjimatkan.
2. Untuk produk defect, boleh buat pertukaran warna dan saiz ke?
Boleh kerana produk defect juga termasuk dalam Jaminan 180 Hari. Setiap tudung boleh ditukar, namun kos penghantaran pemulangan dan penghantaran semula adalah atas tanggungan pelanggan sendiri.
Untuk pertukaran produk defect, jika pilihan “change of mind” tidak tersedia di Shopee, pelanggan dan penjual boleh selesaikan proses pertukaran di luar Shopee.
Apa-apa keputusan sekalipun, PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA 😊